CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 22, 2008

RUMUSAN KESELURUHAN REFLEKSI TUGASAN

Disini saya akan merumuskan secara keseluruhannya bahawa setiap tugasan yang dihasilkan memerlukan kritikal thinking yang tinggi. Selain kita memerlukan sikap sentiasa peka pada sekeliling dan berfikiran yang berpandangan jauh, kita juga memerlukan sikap inisiatif untuk berusaha mencari maklumat mengikut tajuk tugasan. Saya juga melihat dan memantau maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan samada melalui pembacaan ataupun melalui internet. Pengetahuan yang meluas dan sikap rajin mencari maklumat sedikit sebanyak memnbantu saya menyiapkan dan menjadikan segala tugasan saya nampak lebih maju ke hadapan. Walaupun terdapat begitu banyak kesalahan dan kesilapan, namun saya akan mengedit semula mengikut ketetapan yang diminta oleh pensyarah saya. Pembelajaran melalui IT ini menggunakan kecekapan yang tinggi selain kita rajin mengexplore. Pemantauan adalah amat penting sekali sebelum kita melakukan sebarang tugasan. Tujuan, adalah untuk memastikan perkara yang ingin dicari berdasarkan ketepatan maklumat dan fakta yang berkesan. Selepas itu, saya akan menetapkan matlamat saya dan juga objektif yang ingin dicapai. Barulah saya akan melaksanakan langkah-langkah untuk mencari bahan. Kemudian, setelah siap semuanya, saya akan menilai kembali hasil tugasan saya.

Sunday, November 16, 2008

penggunaan perbincangan elektronik dalam bidang kejururawatan (sebagai pelajar jururawat dan bakal jururawat)

Pada pendapat saya, perbincangan elektronik seperti ini adalah bagus kerana :

  • untuk tujuan reunion selepas kerja
  • untuk tujuan menghimpunkan kembali rakan - rakan lama
  • untuk mengetahui masalah dan membincangkan isu semasa yang berkaitan dengan bidang kejururawatan dan perubatan

Saya memikirkan tajuk yang sesuai untuk dimasukkan dalam yahoo group saya. Selain itu, saya juga memikirkan apakah respons yang bakal saya dapat apabila tajuk ini diketengahkan. Saya juga melihat melalui pemerhatian saya sendiri serta mengetahu sedikit sebanyak masalah yang dialami. Saya juga ada menanyakan sedikit soalan kepada pelajar kedoktoran bagi tujuan untuk mendapatkan respons mereka. Tidak adil rasanya jika saya hanya menanyakan respons pada sebelah pihak.

tugasan perbincangan elektronik di mana anda sebagai moderator, pemantau / pemudahcara perbincangan,menilai respons rakan-rakan dan rumusan

Pada pendapat saya, saya menilai semua pendapat yang diberikan oleh rakan - rakan saya semasa isu ini diutarakan iaitu "jurang komunikasi antara pelajar kejururawatan dengan pelajar kedoktoran". Saya sebagai moderator dalam perbincangan ini sentiasa melihat perkembangan semasa dan respons yang telah diberikan oleh rakan - rakan saya. Selain itu juga, saya juga memberikan pendapat saya tersendiri mengenai isu ini. boleh dikatakan bahawa terdapat sesetengah ahli group yang lain begitu beremosi apabila menghantar respons terhadap tajuk saya. Dari situ, saya dapat jangkakan bahawa kemungkinan mereka ini mempunyai pandangan negatif terhadap isu ini. Secara keseluruhannya, tajuk saya keutarakan ini mendapat respons yang tinggi dan amat memuaskan saya. Walaupun tajuk ini begitu umum, namun masalah - masalah remeh yang berlaku pada masa kini serta terjadinya sendiri di dalam fakulti perubatan UKM tidak harus dipandang enteng. Sumua pihak perlu berganding bahu bagi mendapatkan satu perhubungan yang baik sebagai seorang pelajar. Jika masalah seperti ini terjadi, bagaimanakah jika kita sendiri hendak bekerja dengan mereka selepas graduate nanti? Tepuk dada tanya selera. Oleh tiu, tingkatkanlah kualiti demi bidang masing-masing dan bersainglah secara yang sihat dan perbanyakkan aktiviti yang menjalinkan dan merapatkan hubungan di antara dua pihak ini. Jika tidak dimulakan dari sekarang, bagaimanakah keadaan ini akan berterusan pada masa hadapan?fikir-fikirkanlah dan jadilah seorang yang matang.

Friday, November 7, 2008

REFLEKSI DALAM MENYIAPKAN BROSUR

Saya memerlukan masa yang dalam menyiapkan brosur. Saya perlu memilih format yang sesuai dalam menyiapkan brosur ini. Selain itu, saya juga haruslah memilih maklumat yang berkaitan dengan brosur. Pengunaan masa yang digunakan adalah amat lama selain mengedit beberapa kesalahan yang saya telah lakukan.

REFLEKSI TUGASAN..TUGASAN EXCELL

Pada mulanya saya begitu sukar untuk menangkap ilmu yang cuba diberitahu. Kerana saya begitu lemah dalam menyiapkan maklumat yang berkaitan dengan nombor atau matematik. Saya memerlukan masa untuk mendalami dan memantau terlebih dahulu kerana tugasan ini menggunakan kritikal thinking saya.

RUMUSAN HASIL PERBINCANGAN MENGENAI TAJUK "JURANG KOMUNIKASI ANTARA PELAJAR KEJURURAWATAN DENGAN PELAJAR KEDOKTORAN"

secara keseluruhan, dapat saya simpulkan hasil perbincangan yang sayatelah perolehi di dalam group disscussion saya. Tajuk yangdibincangkan ialah jurang komunikasi antara pelajar kejururawatandengan pelajar kedoktoran. Dalam tajuk ini, saya memdapat maklumbalas yang positif dan juga negatif. Begitu ramai ahli kumpulan sayayang memberikan respons. Saya sebagai moderater sebenarnya telah lamamemikirkan isu yang hangat ini untuk dijadikan topik perbincangan.Kita sebagai pelajar kejururawatan di dalam fakulti perubatan UKMseharusnya bersyukur kerana kita ditempatkan di dalam fakultiperbatan dan dibawah satu bumbung dengan pelajar kedoktoran. Olehitu, seharusnya isu seperti ini tidak timbul. Malah seharusnyakesemua pelajar mengambil kesempatan ini untuk mempelajari antarasatu sama lain. Jadi, saya dapat simpulkan secara keseluruhannyabahawa setiap orang mempunyai pendapatnya tersendiri mengenai isuini. Saya sebagai pengantara dalam isu ini berpendapat bahawa jurangdiantara pelajar kejururawatan dengan pelajar kedoktoran adalah salahdan tidak seharusnya berlaku. Bagaimanakah kita ingin berhadapandengan pesakit sedangkan dengan pelajar sesama sendiri juga tidakbegitu baik?Ramai yang berpendapat bahawa sekiranya pelajar kejururawatan danpelajar kedoktoran begitu mesra, ramai orang akan berpendapat yangnegarif. Kita seharusnya berfikiran matang dalam menghadapimasyarakat seperti ini. Jadi, saya merasakan bahawa langkah sayamendapatkan maklum balas dari pelajar kejururawatan ini adalah bagusdan baik. itu sahaja maklum balas yang dapat saya simpulkan. sekian..

belanjawan ward perubatan 2. tahun 2008

Dalam yahoo group saya, saya ada meletakkan kolume khas untuk tugasan yang telah diberikan di ward. Pada pendapat saya ini merupakan satu tugasan yang amat baru dan boleh digunakan ketika dalam modul management pada tahun 3 nanti.

Wednesday, October 29, 2008

BROSUR

Saya kini dalam proses menyiapkan brosur saya berkaitan dengann ceramah kesihatan saya yang bertajuk penjagaan pesakit kolostomi. Antara langkah - langkah yang saya lakukan dalam menyiapkan brosur ini ialah :

  • saya melihat semula isi - isi yang perlu diselitkan
  • saya mengaturkan semula format komputer sebelum menaip
  • saya juga memasukkan beberapa gambar yang berkaitan

Friday, October 10, 2008

CARA - CARA MEMBUAT GRAF DENGAN MENGGUNKAKAN MIKROSOFT EXCEL

  • Mula - mula blok kan kategori di bahagian atas
  • Selepas itu, dengan menekan butang ctrl di keyboard, blokkan juga jumlah di bahagian bawah.
  • Selepas itu, pilih graf yang mana hendak diaplikasikan berdasarkan jadual
  • Kemudian, tekan untuk memilih kolumne yang sesuai dengaN graf
  • Dan ubah suai

PEMBELAJARAN MIKROSOFT ECXELL

MENGISI DATA KEWANGAN SENDIRIAN
Pada hari ini 11/10/2008, saya telah mempelajari cara - cara membuat kewangan dengan menggunakan mikrosoft excell, berikut ialah hasil pembejaran yang saya telah dapat :

  • LAJUR : A, B, C, D, ...
  • BARIS : 1, 2, 3,...
  • KEMUDIAN COLOUME BAGI SETIAP BARIS DIISI DENGAN BIL, TARIKH, DAN KATEGORI YANG TERDIRI DARIPADA MAKANAN, PAKAIAN, TELEFON, HIBURAN, BAHAN BELAJAR, PENGANGKUTAN, DAN DLL.
  • DI AKHIR KOLUMNE, PERLU MENULIS KREDIT, DEBIT DAN BAKI SEMASA
  • UNTUK PENGIRAAN PULA, ADALAH BERDASARKAN FORMULA.
  • PENGIRAAN BAKI SEMASA PULA, KREDIT DI TOLAKKAN DENGAN DEBIT. TULIS =, KEMUDIAN TEKAN KOTAK KREDT BERDASARKAN BARIS YANG HENDAK DIKIRA, SELEPAS ITU TEKAN -, DAN TEKAN KOTAK DEBIT DAN SIMBOL TANDA RIGHT DI SEBELAH KOTAK FORMULA.

Monday, September 22, 2008

PENERANGAN MENGENAI ALAMAT URL YANG KELIMA IAITU : JURURAWAT DAN TEKNOLOGI

Alamat URL bagi maklumat ini ialah : http://www.rnpalm.com/nurses_technology.htm

kajian ini telahpun dijalankan pada bulan oktober 2000. Ini merupakan kajian mengenai pendedahan tentang teknologi maklumat mengenai kesan sampingan penggunaan teknologi dalam kejururawatn seperti email, voice email, computer,PDA dikalangan staff, ketua jururawat dan pengurusan kejururawatan. Jururawat sepatutnya sudah lama didedahkan dengan perubahan teknologi seperti penggunaan IV.
penggunaan email mempengaruhi jururawat untuk berkecimpung di dalam teknologi maklumat. Hal ini kerana, jururawat menggunakan email untuk tujuan peribadi. ada kalanya penggunan seperti ID digunakan oleh staff untuk memdaftar masuk kerja dan keluar seperti yang telah dilaksanakan seperti sekarang.

secara kesimpulannya, penggunaan kompuet ini adalah bagus dan mendatangkan pelnagai faedah.justeru itu, jururawat sekarang perlulah lebih membangun untuk meningkatkan arus pengetahuan ke arah yang lebih baik.

PENERANGAN MENGENAI ALAMAT URL YANG KEEMPAT IAITU : KEJURURAWATAN DAN TEKNOLOGI

Alamat URL bagi maklumat ini ialah : http://www.kaptest.com/Nursing_Domestic/Launch-Your-Career/Explore/NS_career_tech.html?cid=922057
Dalam tempoh abad yang semakin maju ini, penggunaan teknologi telah didedahkan kepada jururawat mengenai penggunaan teknologi seperti :

  • penggunaan termometer digital bagi menggantikan termometer kaca
  • penggunaan IV pump untuk mengawal jumlah titisan IV
  • penggunaan cardiac kateter, sonograms,ct scan, PET scan dapat digunakan unutk melihat perubahan di dalam badan manusia.
  • selain itu juga, penggunaan lasr dalam pembedahan, dan laparoskopi digunakan bagi menggantikan penggunaan pembedahan tradisional.

tanggungjawab dan peranan untuk menjadi jururawat yang berinformatic ialah :

  • mengajar jururawat lain bagaimana untuk mencari maklumat mengenai pengurusan penyakiit.
  • menilai secara online tentang pendidikan kesihatan kepada pesakit.
  • menilai dan memberikan idea mengenai peralatan dan pengantian bagi penyedia dan agenci
  • meletakkan maklumat dan dokumentasi
  • mengajak rakan - rakan lain bagi mengajar tentang penggunaan komputer sebgaia trend dalam sistem maklumat klinikal.
  • mengajak rakan rakan untuk membuat keputusan tentang penggunaan teknlogi yang baru dalam klinikal
  • menyampaikan pengetahuan komputer kepada staff - staff lain.

secara keseluruhannya dapat saya nilaikan bahawa pentingnya penggunaan teknologi dalam kejururawatn adalah untuk memudahkan tenaga kerja dan sekaligus mempercepatkan tugasan. ini adalah penting kerana semakin hari kita akan mengalami perubahan kemajuan dalam arus kemodenana terutama dalam ICT

PENERANGAN MENGENAI TAJUK URL YANG KETIGA IAITU : PENGGUNAAN PDA DALAM PENDIDIKAN KEJURURAWATAN

Alamat URL yang telah saya carikan ini ialah : http://www.pdacortex.com/pda_nursing_education.htm
Tujuan saya mencari maklumat ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan terbaru dalam sistem pendidikan kejururawatan. perolehan data ini telah digunakan di sekolah sains kesihatan, fakulti kesihatan dan sains persekitaran di UMTEL, Auckland. Konsep ini merupakan satu pendekatan yang baik dalam usaha mengajak para pelajar khususnya pelajar kejururawatan untuk digunakan dalam sesi pembelajaran. Selain itu juga, ini adalah bagus kerana teknik ini akan digunakan untuk sekolah kejururawatan yang lain. Antara sebab mengapa teknik ini harus digunakan adalah :

  • dari segi teknikal : ini bertujuan untuk mempraktiskan segala dokumentasi pesakit dan rekod - rekod di dalamnya
  • dari segi praktikal : memudahkan sesi perhubungan di antara staff - staff kesihatan yang lain.
  • emancipatory : adalah untuk kegunaan pengisian data - data pesakit, keputusan ujian darah dan keputusan ujian pemeriksaan pesakit.

Kesimpulannya :

web ini adalah bagus bagi memberikan pendekatan tentang kajian dan pembangunan tentang aplikasi PDA sebagai point-of-care teknologi dalam pendidikan kejururawatan di New Zealand. berikutan dengan trent antarabangsa UNITEC dapat mengenal pasti tentang keperluan integrasi maklumat dengan adanya kurikulum seperti ini.

Friday, September 19, 2008

PENERANGAN MENGENAI ALAMAT URL YANG KEDUA IAITU SENIOR NURSE STUDENTS COMFORT LEVELS WITH COMPUTER TECHNOLOGY

Maklumat yang saya perolehi ini adalah berkaitan dengan pelajar kejururawatan dan teknologi komputer. Alamat URL ialah : http://frank.mtsu.edu/~itconf/proceed98/bdraude.html.
Seperti yang kita ketahui, dalam profession ini perlulah dimulakan dari akar umbi. Dalam URL ini, diketengahkan beberapa cara yang digunakan dalam bidang kejururawatan diperkenalkan kepada pelajar kejururawatan sebelum mereka melangkah masuk ke alam pekerjaan. sebagai contoh :

  • nursing praktise : kerjasama dalam mengingatkan rakan - rakan sejawat untuk tindakan kejururawatan
  • nursing administration
  • pendidikan kejururawatan
  • kajian kejururawatan

PENERANGAN MENGENAI ALAMAT URL YANG PERTAMA IAITU PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM NURSING PROSES

Maklumat yang saya perolahi ini adalah berkaitan dengan penggunaan komputer dalam meningkatkan proses kejururawatan.
alamatnya ialah : http://findarticles.com/p/articles/mi_qa3689/ai_n9095320
Seperti yang kita ketahui, dalam nursing proses terdapat lima aspek yang perlu diketahui oleh seorang jururawat. Antara aspek tersebut ialah :

  • Mengkaji
  • masalah kejururawatan
  • merancang
  • membuat tindakan
  • membuat penilaian

Ini membantu kita untuk mencapai keseragaman dalam nursing praktise dan juga dokumentasi maklumat

Dalam menggunakan maklumat ini, dapat saya nilaikan iaitu

  • mengkaji : komputer digunakan untuk membuat rekod mengenai pendaftaran masuk pesakit seperti sejarah kesihatan pesakit, masalah dan sebagainya
  • masalah kejururawatan : masalah ini dibuat berdasarkan tanda dan gejala yang dihadapi oleh pesakit. sebagai contoh, dengan menggunakan komputer, pengkalan data di dalamnya boleh mengesan tanda dan gejala yang boleh dihadapi oleh pesakit.
  • merancang : untuk membantu jururawat membuat plan jagarawatan pesakit, pengkalan data di dalam komputer boleh mengesan dan mengenal pasti objektif yang baik dan tindakan yang sesuai dengan pesakit.
  • tindakan : penggunaan komputer dalam merekod tindakan dan maklumat pesakit seperti transfer pesakit ke ward lain, maklumat daftar keluar pesakit, dan cara - cara untuk berhubung dengan jabatan yang lain. selain itu juga, maklumat pesakit juga boleh diketahui iaitu pendaftaran ubatan, rawatan untuk pesakit, tanda - tanda vital dan sebagainya.
  • penilaian : dengan menggunakan komputer, komputer dapat digunakan untuk merekod dan menyimpan data pemerhatian pesakit, tindak balas pesakit dalam jagarawatan. selai itu juga, kita boleh mengetahui tindakan atau rawatan yang seterusnya kepada pesakit dan perancangan pendaftaran keluar pesakit.

Source: Charting Made Incredibly Easy!, 2nd edition, Lippincott Williams & Wilkins, 2002.

NEXT PERANCANGAN

Selepas saya menyenaraikan kesemua alamat URL yang telah saya cari berdasarkan enjin pencarian yang diperkenalkan di METKU,

  • saya akan membuat penilaian mengenai kesemua URL tersebut
  • mengapa saya memilih URL tersebut
  • adakah kesemua URL tersebut memenuhi kriteria yang betul
  • jika terdapat sebarang maklumat yang tidak berkaitan atau lari dari tajuk, saya akan mengubah alamat URL tersebut
  • tujuan saya menyenaraikan kesemua alamat URL ini adalah untuk memudahkan proses pencarian dan meneliti maklumat yang ada.
  • ini adalah penting saya membuat demikian kerana jika saya tidak menyenaraikan dulu alamat - alamat ini, saya terpaksa mencari lagi dan ini akan menyebabkan tugasan saya bertambah rumit.
  • selain itu juga, saya akan mengupdate maklumat - maklumat terkini dalam blog mengenai perkembangan semasa.

Thursday, September 18, 2008

5 alamat laman web (URL)

Artikel Jurnal dalam format PDF 2

JURNAL 2

TAJUK ARTIKEL JURNAL : JOURNAL OF ADVANCED NURSING
NAMA JOURNAL : USING COMPUTER ASSISTED LEARNING FOR CLINICAL SKILLS EDUCATION IN NURSING : INTEGRATIVE REVIEW
VOLUME : VOLUME 63, ISSUE 3 ( P 222 - 223)

LATAR BELAKANG :

  • kemahiran klinikal merupakan satu aspek yang esential dalam kejururawatan dab terdapat pelbagai pendapat di peringkat antara bangsa untuk mencari satu jalan alternatif yang mana boleh dipelajari dengan bantuan komputer.

MATLAMAT :

  • adalah untuk melaporkan dan mengenal pasti integrative dalam penggunaan komputer untuk kegunaan klinikal.

Artikel Jurnal dalam format PDF

JURNAL 1

  • TAJUK ARTIKEL JURNAL : JOURNAL OF ADVANCED NURSING
  • NAMA JURNAL : AUSTRALIAN NURSE'S AND MID WIVES KNOWLEDGE OF COMPUTER AND THEIR ATTITUDES TO USING THEM IN THEIR PRACTICE.
  • VOLUME : VOLUME 41, ISSUE 2 (P 140 - 146)

LATAR BELAKANG :

  • menceritakan mengenai satu informasi yang menggunakan sistem retrieval untuk kegunaan staff yang berkhidmat di pusat kesihatan hospital bagi memberikan peluang yang baik kepada mereka dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

MATLAMAT :

  • untuk mengetahui mengenai maklumat dan untuk menguji pengetahuan jururawat tentang komputer dan attitude mereka dalam menggunakan komputer dalam praktikal.

Saturday, September 6, 2008

PERANCANGAN PERSEMBAHAN YANG SETERUSNYA..

Selepas ini, saya akan melakukan sedikit demi sedikit perubahan dalam power point saya.
Saya juga akan memasukkan beberapa gamabar yang berkaitan dengan kolostomi.
Selain itu juga, saya akan memastikan bahawa setiap slide saya adalah yang berkaitan.Saya juga ada memasukkan dalam file saya di yahoo group. Selepas ini, saya akan melakukan satu pamplet yang berkaitan dengan kolostomi. Segala perancangan adalah mengikut apa yang sudah saya lakukan sebelum ini.

Friday, August 15, 2008

PERANCANGAN UNTUK PRESENTATION POWER POINT - KELAS IT 2008

PENDAHULUAN :
Saya ingin merancang dalam presentation saya. Saya ingin melakukan yang terbaik dalam presentation saya. Tetapi sebelum ini saya ingin merancang terlebih dahulu isi - isi dalam presentation saya ini.

ANALISIS :
Pada ketika ini, begitu banyak pemakanan yang boleh kita ambil. Tetapi harus kita ingat bahawa mungkin sesetengah pemakanan ini boleh membawa kemudaratan kepada tubuh badan kita terutama kepada usus kita. Hal ini kerana makanan kita akan dihadamkan di dalam usus.
Disebabkan tiada halangan dalam pemakanan, kita mengambil makanan tanpa melihat impak kedalam usus kita. Hal ini berikutan bahawa pada masa kini, pemakanan yang kita ambil kadang kala boleh menyebabkan iritasi pada dinding usus. Oleh itu, saya ingin kemukakan tentang penjagaan pesakit yang mengalami kolostomi. Dalam kehidupan yang tanpa kita sengajakan juga boleh menyebabkan berlakunya masalah ini. Sebagai contoh ialah kemalangan yang teruk atau diwaktu - waktu kecemasan.

KEPENTINGAN TAJUK INI :


  • memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penjagaan yang rapi kepada pesakit kolostomi
  • memberikan pengetahuan tentang kolostomi

TUJUAN PERSEMBAHAN INI :

  1. memberikan pengetahuan kepada pesakit khususnya dan individu amnya tentang penjagaan kolostomi ini.
  2. memberikan kesedaran tentang perlunya penjagan yang rapi kepada pesakit yang mempunyai kolostomi ini.

MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN :

  1. Definisi kolostomi
  2. Indikasi penggunaan kolostomi ini
  3. Gambar gambar tentang kolostomi
  4. penjagaan kolostomi
  5. komplikasi adanya kolostomi ini.

HASILNYA :

  1. pendengar dapat mengingati pengetahuan ini dan dapat mengaplikasikan mesej yang disampaikan dalam hidupan harian

CARA KUMPULAN SASARAN MENJIWAI MESEJ SAYA :

  1. Dalam sesi soal jawab
  2. dengan mendapatkan video atau gambar yang berkaitan

KUMPULAN SASARAN :

  1. Pesakit yang mempunyai kolostomi
  2. bilangan antara 5 hingga 10 orang
  3. lelaki atau perempuan
  4. penjaga pesakit kolostomi

PERSEMBAHAN AKAN DILAKUKAN :

DALAM POWER POINT :

  • sesi ceramah di klinik surgeri
  • sesi ceramah dalam health promotion
  • sesi ceramah di kelas

KIOSK MAKLUMAT :

  • dalam komputer kelas
  • dalam blog
  • dalam group

Thursday, August 14, 2008

SENARIO IT DALAM KEJURURAWATAN

PERSEKITARAN PENGGUNAAN EMAIL :

- untuk tujuan menghantar perskripsi ubatan ke farmasi
- untuk melihat hasil keputusan ujian - ujian seperti ujian darah, MRI dan sebagainya
- FUTURE(cadangan) : mengahantar laporan menerusi email.
tujuan : - memudahkan kerja dan menjimatkan penggunaan kertas

KUMPULAN :

- untuk menyampaikan berita tentang apa yang berlaku di ward.
contoh : - dari jabatan surgeri ke wad perubatan 1, 2 dan sebagainya
- dari jabatan radiologi ke wad - wad lain
- untuk menyampaikan maklumat dalam batch.
- sebagai reunion antara batch (jika ada)

BLOG :

- staff nurse boleh menulis blog harian tentang suasana di dalam ward untuk tujuan memberikan
gambaran sebenar kepada pelajar.
- cara pembelajaran jauh

NOTA IT 2008 - SESI 8 (PERSAMAAN ABTARA EMAIL, PERBINCANGAN KUMPULAN, DAN BLOG)

-Perlu sign in dalam yahoo dan blogger
-tujuannya adalah untuk menyampaikan maklumat dengan lebih pantas tanpa sebarang
pembaziran tenaga, wang dan masa
- selain itu, dalam ketiga - tiga ruangan ini dapat juga kita berkongsi tentang sebarang isu.
- dapat dilakukan dimana - mana saja sekiranya terdapat rangkaian internet
- boleh juga digunakan untuk tujuan persendirian.

Wednesday, August 13, 2008

NOTA IT 2008 - SESI 7 (PERBANDINGAN ANTARA EMAIL, PERBINCANGAN KUMPULAN, DAN BLOG)

PERBANDINGAN :

EMAIL :
- dalam yahoo untuk melihat email kita, empunyer email perlu mempunyai akaun dalam yahoo.
- begitu juga dalam google. kita perlu membuat gmail kita sendiri.
- selalunya digunakan untuk individu.
- boleh ditulis mengikut citarasa empunyer email.
- ID email boleh ditukar - tukar dalam akaun.
- dalam email, terdapat check mail, compose, inbox, outbox, trash, spam, send, draft.
- kita juga boleh membuat folder kita tersendiri.
- selain itu juga kita boleh membuat signature di mana digunakan sebagai pengenalan diri.
- oleh itu, jika kita ingin melihat email kita, kita perlu sign in dulu dengan ID email dan
password.
- selalunya diakhiri dengan @yahoo.com
- jika dalam google diakhiri dengan @gmail.com

KUMPULAN PERBINCANGAN :
- dengan yahoo, kita perlu sign in dengan meletakkan password dan ID email.
- kemudian, kita perlu mendaftar dalam dalam group.
- kumpulan perbincangan tidak begitu efektif sekiranya kita menggunakan inbox dalam yahoo
untuk memberikan respon terhadap sesuatu topik.
- kita perlu menjadi ahli group dan kita akan dapat membalas topik yang dikemukakan.
- selain itu juga, harus diingatkan bahawa kita perlu memastikan bahawa membership dalam
group kita adalah di dalam web sahaja. jika tidak semua topik - topik kita akan
masuk ke dalam inbox. maka jadilah lambakan topik - topik dalam inbox.

BLOG :
- Kita perlu mendaftar terlebih dahulu dalam google.
- kita perlu mempunyai gmail jika tidak, blogger tidak dapat dilakukan.
- kemudian kita akan create blog berdasarkan alamat email dan password sebanyak 10 angka.
- dalam blog juga, kita boleh meletakkan back ground berdasarkan citarasa empunyer blog.
- kita boleh menukar font, warna tulisan, menambah gadjet dan meletakkan gambar. antara
gadjet yang boleh diletakkan ialah youtube, berita dan sebagainya.


NOTA IT 2008 - SESI 6 (LANGKAH - LANGKAH MENJEM

- Kita perlu sign in terlebih dahulu dalam yahoo.
- kemudian, click pada group dan masuk pada moderator sebagai tuan empunyer group (email
kita sendiri)
- kemudian clik pada invite pada page group kita.
- kemudian tulis email kawan - kawan dan send invite.
- langkah lain pula ialah kita klik pada invite kemudian klik pada add member yang terletak
di bawah tempat masukkan email rakan - rakan kita.
- klik add member dan senaraikan sebanyak 10 email sahaja. kemudian, send invite.
- satu mesej akan di hantar sekiranya terdapat email yang tidak dapat dikenal pasti atau adanya
kesilapan semasa menulis email.
* kelemahan teknik ini ialah leader group terpaksa menghantar request untuk profile.

NOTA IT 2008 - SESI 5 (LANGKAH - LANGKAH MENJADI AHLI GROUP)

- kita perlu sign in dulu dalam yahoo.
- kemudian check mail untuk melihat samada terdapat team leader daripada group tersebut ada
menghantar email invite
- kemudian akan keluar mesej invit seperti : e.g comelgurlz_89@yahoo.com has invited
you to join the A 116271 group!
- kemudian click pada join the group.
- kemudian masukkan maklumat dan tukar ke individual kepada web sahaja.
- selepas itu, ikut kata laluan yang ditulis.

Friday, August 8, 2008

REFLEKSI BAGI COMPOSE DAN SIGNATURE

- Saya memikirkan jawapan yang terbaik selain membuat rujukan berdasarkan mesej - mesej
forward dan draft.
- selain itu, saya juga meluangkan masa selama 3 hingga 5 jam di kedai internet untuk
menyiapkan tugasan
- saya juga melihat nota - nota yang disimpan di dalam post mesej di page Teknologi Maklumat
untuk Kejururawatan

BIDANG PENGKHUSUSAN SAYA.

NURUL SAQINA BT RAHMAN(A 116271)
comelgurlz_89@yahoo.com
http://groups.yahoo.com/group/A116271
http://nurulsaqina.blogspot.com
KTDI
FAKULTI PERUBATAN,
PPUKM

TUJUAN BLOG :
- memudahkan sesi pembelajaran secara maya.
- supaya lebih mudah untuk melihat nota.

OBJEKTIF BLOG :
- untuk memastikan supaya nota - nota IT sentiasa diup date setiap masa
- untuk memudahkan semua rakan rakan merujuk nota terbaru di dalam
blog.

DITUJUKAN UNTUK : pelajar - pelajar kejururawatan sesi 2007/2008, fakulti perubatan,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SENARAI KANDUNGAN :

COMPOSE DAN SIGNATURE
- ciri-ciri dan penggunaan compose dengan signature
- Persamaan compose dengan signature
- Perbezaan compose dengan signature
- Lakukan refleksi bagaimana anda memikirkan jawapan-jawapan persamaan dan
perbezaan compose dengan signature
FORWARD, REPLY DAN CC
- ciri-ciri dan penggunaan forward, reply dan carbon copy
- Persamaan forward, reply dan carbon copy
- Perbezaan forward, reply dan carbon copy
- lakukan refleksi bagaimana anda memikirkan jawapan-jawapan persamaan dan
perbezaan forward, reply dan carbon copy

MENGEMASKINI DAN MENYELENGARA BLOG : sentiasa di up date setiap minggu.

oleh itu,jangan lupa memantau maklumat terkini dari blog saya.

Sunday, August 3, 2008

NOTA IT 2008 - SESI 4 (FORWARD DAN CC)

CIRI - CIRI FORWARD DAN CC :
FORWARD :
- terdapat dalam kolume yahoo
- mesej boleh disampaikan secara pantas tanpa perlu ditaip semula
- boleh dihantar kepada sesiapa sahaja
- untuk menyampaikan maklumat

CC :
- sebagai simpanan tuan empunya email yang mengirimkan emailnya

PERSAMAAN FORWARD DAN CC :
- Dalam kolume yahoo
- perlu sign in terdahulu
- terdapat dalam yahoo mail
- terdapat dalam bahagian compose email

PERBEZAAN FORWARD DENGAN CC
FORWARD :
- memudahkan kerja empunya email untuk meyebarkan email
- dalam email selalunya ditulis 'fwrd'

CC :
- selalunya disimpan dalam draft
- selalunya ditulis alamat email kita / empunya email
- boleh membaca semula selepas dihantar

NOTA IT 2008 - SESI 3 (YAHOO GROUP DENGAN YAHOO MAIL)

Ciri-ciri yahoo group:
- perlu sign terlebih dahulu dalam laman web yahoo.
- boleh memasukkan gambar dalam yahoo group.
- dapat menjemput sesiapa sahaja yang berminat dengan yahoo group.
- boleh membincangkan pelbagai topik dalam yahoo group.
- tiada signature tersendiri.
- hanya ahli group sahaja yang menerima email tersebut.
- boleh melakukan perbincangan atau berbalas mesej tanpa membuka email yahoo.

Ciri-ciri yahoo mail:
- penguna perlu sign in terlebih dahulu kemudian diikuti dengan password.
kemudian pegguna secara automatik dapat menghantar dan menerima email.
- pegguna boleh menggunakan signature setiap kali menghantar email.
- ada signature sendiri
-email dihantar secara terbuka
- email boleh dihantar secara perseorangan atau berkumpulan
- mempuyai pelbagai folder yang kita sendiri pun boleh menambah folder baru
- boleh menambah contact email, calender dan note pad
- boleh menyimpan gambar di dalam folder my photo

PERSAMAAN YAHOO MAIL DENGAN YAHOO GROUP :
- dalam kolume yahoo
- perlu sign in terlebih dahulu
- boleh digunakan untuk menghantar email

PERBEZAAN YAHOO MAIL DENGAN YAHOO GROUP :
YAHOO MAIL :
- digunakan untuk tujuan persendirian / individu
- dianggap rahsia kerana orang lain tidak mengetahui email di dalam nya kecuali jika email
tersebut telah menjadi email group
- boleh meletakkan signature
- selalu nya pengirim boleh terus compose email
- pengirim boleh menyimpan email didalam kolume draft
- pengirim juga boleh mnggunakan nama samaran
- tiada blog atau post perbincangan
- empunya email boleh membuat spam keatas pengirim emil yang tidak dikenali
- empunya email boleh memnyimpan foto di folder my photo

YAHOO GROUP :
- selalunya digunakan untuk tujuan bagi kumpulan - kumpulan atau organisasi
- diketuai oleh seseorang yang ditugaskan untuk menjaga group tersebut
- perlu menginvite dan menambahkan ahli dalam group tersebut
- bleh memilih pelbagai kategori semasa membuat group
- boleh digunakan untuk membuat topic perbincangan
- digunakan untuk membuat menyampaikan maklumat dengan lebih pantas

NOTA IT 2008 - SESI 2 (FORWARD DAN REPLY)

PERSAMAAN ANTARA FORWARD DAN REPLY:
- Dibawah kolum yahoo
- bertujuan untuk menghantar mesej
- bertujuan untuk menyampaikan maklumat samada untuk dikongsikan bersama
- sebagai balasan dan penyambung dalam menyampaikan maklumat

PERBEZAAN ANTARA FORWARD DAN REPLY:
FORWARD:
- menyampaikan berita yang sama
- kalau diemail pula,akan tertulis dibahagian subjek perkataan 'Fwd'
- tidak perlu menaip lagi
- selalunya menjimatkan masa dan tenaga

REPLY:
- untuk menjawab email dari orang lain
- kalau diemailkan selalunya akan tertulis perkataan 'Re'
- perlu menaip semula untuk menjawab pertanyaan email
- memerlukan tenaga untuk menaip dan menjawab pertanyaan

NOTA IT 2008 - SESI 1(SIGNATURE DAN COMPOSE)

CIRI - CIRI SIGNATURE :
- dapat memudahkan kerja
- jimat tenaga sebab tidak perlu menaip lagi
- sebagai pengenalan diri
- simpanannya terletak di option dan kita sebagai tuan empunyer email boleh tentukan.
- selalu digunakan oleh orang - orang yang membuat organisasi
- supaya senang dikenali

CIRI - CIRI COMPOSE :
- selalu digunakan untuk menaip email dan mengahantar email
- terdapatnya alamat email penerima, draf sebagai simpanan kita, subjek dikenali untuk
menulis tajuk email
- terdapatnya kolum untuk menulis yang terdiri daripada font, bold, italic, saiz, gambar ikon
seperti senyum, ketawa dan sebagainya.

PERSAMAAN CIRI ANTARA SIGNATURE DAN COMPOSE :
- Terdapat dikolume yahoo
- bertujuan untuk mengahantar email

PERBEZAAN CIRI ANTARA SIGNATURE DAN COMPOSE :
SIGNATURE :
- boleh diubah - ubah berdasarkan kehendak tuan empunya email
- selalunya tidak perlu digunakan untuk menaip semula tentang pengenalan diri
- jimatkan masa dan tenaga
- penerima akan mengenali tuan empunya diri kerana selalunya signature ditulis dengan nama
sebenar
- selalunya signature akan berada dibahagian bawah selepas menaip text
- memudahkan kerja dan penermia tidak perlu tertanya - tanya siapakah tuan empunya email

COMPOSE :
- digunakan untuk menulis email
- selalunya digunakan unutk membalas email
- pengenalan diri perlu ditulis selalu
- menyukarkan kerja, membazir tenaga dan membuang masa
- penerima tidak kenal tentang empunya email kerana kadang kala email ditulis dengan
menggunakan nama samaran
- pengenalan diri selalunya diletakkan di bahagian bawah,tetapi kedang kala dibahagian atas.

Friday, August 1, 2008

ASSALAMUALAIKUM..

HAI SEMUA..
APA KHABAR?
SELAMAT BERBLOGGER..