CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 19, 2008

PENERANGAN MENGENAI ALAMAT URL YANG PERTAMA IAITU PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM NURSING PROSES

Maklumat yang saya perolahi ini adalah berkaitan dengan penggunaan komputer dalam meningkatkan proses kejururawatan.
alamatnya ialah : http://findarticles.com/p/articles/mi_qa3689/ai_n9095320
Seperti yang kita ketahui, dalam nursing proses terdapat lima aspek yang perlu diketahui oleh seorang jururawat. Antara aspek tersebut ialah :

  • Mengkaji
  • masalah kejururawatan
  • merancang
  • membuat tindakan
  • membuat penilaian

Ini membantu kita untuk mencapai keseragaman dalam nursing praktise dan juga dokumentasi maklumat

Dalam menggunakan maklumat ini, dapat saya nilaikan iaitu

  • mengkaji : komputer digunakan untuk membuat rekod mengenai pendaftaran masuk pesakit seperti sejarah kesihatan pesakit, masalah dan sebagainya
  • masalah kejururawatan : masalah ini dibuat berdasarkan tanda dan gejala yang dihadapi oleh pesakit. sebagai contoh, dengan menggunakan komputer, pengkalan data di dalamnya boleh mengesan tanda dan gejala yang boleh dihadapi oleh pesakit.
  • merancang : untuk membantu jururawat membuat plan jagarawatan pesakit, pengkalan data di dalam komputer boleh mengesan dan mengenal pasti objektif yang baik dan tindakan yang sesuai dengan pesakit.
  • tindakan : penggunaan komputer dalam merekod tindakan dan maklumat pesakit seperti transfer pesakit ke ward lain, maklumat daftar keluar pesakit, dan cara - cara untuk berhubung dengan jabatan yang lain. selain itu juga, maklumat pesakit juga boleh diketahui iaitu pendaftaran ubatan, rawatan untuk pesakit, tanda - tanda vital dan sebagainya.
  • penilaian : dengan menggunakan komputer, komputer dapat digunakan untuk merekod dan menyimpan data pemerhatian pesakit, tindak balas pesakit dalam jagarawatan. selai itu juga, kita boleh mengetahui tindakan atau rawatan yang seterusnya kepada pesakit dan perancangan pendaftaran keluar pesakit.

Source: Charting Made Incredibly Easy!, 2nd edition, Lippincott Williams & Wilkins, 2002.

0 comments: