CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 22, 2008

RUMUSAN KESELURUHAN REFLEKSI TUGASAN

Disini saya akan merumuskan secara keseluruhannya bahawa setiap tugasan yang dihasilkan memerlukan kritikal thinking yang tinggi. Selain kita memerlukan sikap sentiasa peka pada sekeliling dan berfikiran yang berpandangan jauh, kita juga memerlukan sikap inisiatif untuk berusaha mencari maklumat mengikut tajuk tugasan. Saya juga melihat dan memantau maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan samada melalui pembacaan ataupun melalui internet. Pengetahuan yang meluas dan sikap rajin mencari maklumat sedikit sebanyak memnbantu saya menyiapkan dan menjadikan segala tugasan saya nampak lebih maju ke hadapan. Walaupun terdapat begitu banyak kesalahan dan kesilapan, namun saya akan mengedit semula mengikut ketetapan yang diminta oleh pensyarah saya. Pembelajaran melalui IT ini menggunakan kecekapan yang tinggi selain kita rajin mengexplore. Pemantauan adalah amat penting sekali sebelum kita melakukan sebarang tugasan. Tujuan, adalah untuk memastikan perkara yang ingin dicari berdasarkan ketepatan maklumat dan fakta yang berkesan. Selepas itu, saya akan menetapkan matlamat saya dan juga objektif yang ingin dicapai. Barulah saya akan melaksanakan langkah-langkah untuk mencari bahan. Kemudian, setelah siap semuanya, saya akan menilai kembali hasil tugasan saya.

0 comments: