CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 16, 2008

tugasan perbincangan elektronik di mana anda sebagai moderator, pemantau / pemudahcara perbincangan,menilai respons rakan-rakan dan rumusan

Pada pendapat saya, saya menilai semua pendapat yang diberikan oleh rakan - rakan saya semasa isu ini diutarakan iaitu "jurang komunikasi antara pelajar kejururawatan dengan pelajar kedoktoran". Saya sebagai moderator dalam perbincangan ini sentiasa melihat perkembangan semasa dan respons yang telah diberikan oleh rakan - rakan saya. Selain itu juga, saya juga memberikan pendapat saya tersendiri mengenai isu ini. boleh dikatakan bahawa terdapat sesetengah ahli group yang lain begitu beremosi apabila menghantar respons terhadap tajuk saya. Dari situ, saya dapat jangkakan bahawa kemungkinan mereka ini mempunyai pandangan negatif terhadap isu ini. Secara keseluruhannya, tajuk saya keutarakan ini mendapat respons yang tinggi dan amat memuaskan saya. Walaupun tajuk ini begitu umum, namun masalah - masalah remeh yang berlaku pada masa kini serta terjadinya sendiri di dalam fakulti perubatan UKM tidak harus dipandang enteng. Sumua pihak perlu berganding bahu bagi mendapatkan satu perhubungan yang baik sebagai seorang pelajar. Jika masalah seperti ini terjadi, bagaimanakah jika kita sendiri hendak bekerja dengan mereka selepas graduate nanti? Tepuk dada tanya selera. Oleh tiu, tingkatkanlah kualiti demi bidang masing-masing dan bersainglah secara yang sihat dan perbanyakkan aktiviti yang menjalinkan dan merapatkan hubungan di antara dua pihak ini. Jika tidak dimulakan dari sekarang, bagaimanakah keadaan ini akan berterusan pada masa hadapan?fikir-fikirkanlah dan jadilah seorang yang matang.

0 comments: